USIM MTB Jamboree 2015

Well organised jamboree. Jumlah penyertaan dihadkan kepada 500++ peserta. Kudos kepada USIM kerana pengurusan yang teratur dan tidak bercelaru. Signage jelas, Check Point (CP) di setiap 10km. Medic ada di mana2 (ada stop untuk riders yang nak medic spray betis yang cramp). Briefing pun jelas dan mudah difahami. Makanan & minuman cukup. Tarmac dan offroad trail yang mantap. Puas climbing uphill, rolling downhill.
Kali ni cuba push lebih lagi utk enjoy climbing & downhill disebabkan baru tukar wheelset Circus Monkey dan hasilnya amat memuaskan. Pelaburan upgrade wheelset yang berbaloi. Cuma masih takut-takut sekali sekala masa downhill akibat trauma accident tahun lepas. Dan masalah untuk maintain momentum climbing bila lalu single trail dan rider di depan terlalu perlahan, jadi off balance untuk elak pergeselan dan terpaksa tolak untuk naik. Harap dapat kekalkan momentum dan fitness level.

Screen Shot 2015-06-03 at 2.20.39 PM